Tuesday, 3 June 2014

Perak riverview resort Kuala Kangsar



PERAK RIVERVIEW RESORT






Resort Safari Sungai Perak yang kini lebih dikenali sebagai Resort Sungai Perak yang berkeluasan sekitar 5 ekar persegi dan mula dibina pada tahun 1998 melalui peruntukan dari Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Landskap Negara serta Kerajaan Negeri Perak dengan jumlah kos sebanyak RM 4.15 juta.

   Pembinaan resort ini telah disiapkan pada akhir Mac 2000 dan mula beroperasi pada 1 April 2000 dimana Majlis Daerah Kuala Kangsar (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Kuala Kangsar) telah diperakukan untuk menguruskan resort ini secara sepenuhnya. Tuan Haji Rahim Bin Saleh selaku Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Kangsar pada masa itu adalah antara pencetus idea bagi melaksanakan pembinaan resort tersebut.

   Lokasi resort ini yang terletak di tepian Sungai Perak yang bersebelahan dengan Jambatan Sultan Abdul Jalil yang megah berdiri adalah merupakan resort yang terbesar di Bandar Diraja Kuala Kangsar. Panaroma menghadap Sungai Perak menjanjikan ketenangan dan kedamaian bagi para pengunjungnya. Deretan meja santai dihadapan resort ini memberi peluang kepada para pengunjungnya menghirup udara segar dan nyaman.

   Selain itu, pelbagai kemudahan lain disediakan antaranya kemudahan penginapan, cafe restoran, dewan seminar, taman permainan, trek jogging dan kemudahan rekreasi yang lain. Bagi mereka yang ingin menyusuri sepanjang Sungai Perak, resort ini juga menyediakan perkhidmatan bot persiaran dengan kadar tambang yang berpatutan.

Mulai tahun 2008, pengurusan Resort Sungai Perak telah diswastakan untuk memastikan kualiti perkhidmatan akan terus berkekalan pada tahap optima. 



Jenis  Bil. KatilHargaCatatan
EKSEKUTIF SUITE       QUEEN BED260.004 ORANG
DELUXE ROOMKING BED175.004 ORANG
SUPERIOR ROOMDOUBLE BED135.002 KATIL BUJANG
DOMITORY7 KATIL  DOUBLEDAKER 245.0014 ORANG
check in 2pm-check out 12pm


PERAK RIVERVIEW RESORT
BANDAR DIRAJA KUALA KANGSAR
JALAN DAENG SELILI
33000 KUALA KANGSAR
PERAK DARUL RIDZUAN

TEL : 05-7772020 / 05-7772021
FAX : 05-7772029

EMAIL : asriroslan93@gmail.com
           ; haniff.marketing@yahoo.com

















BANGUNAN UTAMA

Pelan Perak Riverview

Untuk memudahkan tetamu yang ingin menginap di Perak Riverview Kuala kangsar,jika anda berada di main point seperti Kuala Lumpur cukup mudah untuk anda menggunakan jalan darat.jika anda mempunyai kenderaan sendiri sama ada bersama rakan-rakan,keluarga dan sebagainya.Anda hanya perlu menggunakan lebuhraya Utara selatan iaitu memilih untuk mengikut jalan dan lorong menghala ke Ipoh.Setiba anda di Ipoh anda perlu menghala ke lebuhraya ke Alor setar lebih kurang 30km dari Ipoh ke Kuala Kangsar.Tiba di pekan anda hanya perlu mencari jalan menghala ke jambatan Sultan Abdul Jalil kerana resort kami hanya di sebelah jambatan tersebut.



Kami menjamin keselesaan anda selama anda menginap di resort kami dengan keselamatan yang menjadi faktor utama di resort kami.Selain itu kami mempunyai satu aset atau kelebihan iaitu mempunyai pandangan sungai Kangsar dan merupakan sambungan sungai Perak.pemandangan indah aliran sungai dan angin sepoi sepoi di waktu senja dan keadaan sejuk pada waktu malam dan kabus yang mendamaikan suasana di pagi hari yang segar untuk memberikan kesegaran udara pagi yang sesuai untuk menjalankan aktiviti seperti senaman,senam erobik,sukan dan yang bersesuai kerana kami mempunyai kawasan yang luas atau dataran dan padang yang segar.

Resort kami yang berhadapan dengan persisiran sayong 


Bilik deluxe (mengadap sungai)

Aktiviti yang boleh dijalankan


 


Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah adalah salah satu daripada dua jambatan yang menyeberangi Sungai Perak di Kuala Kangsar.Jambatan yang menghubungkan pekan Kuala Kangsar dengan Kampung Sayong ini dibuka secara rasmi oleh DYMM Seri Paduka Sultan Azlan pada bulan Jun 2002.Jaraknya 330 meter, ia memudahkan perjalanan harian antara penduduk di Sayong dan kampung-kampung di sekitarnya yang mahu menjalankan aktiviti harian di Pekan Kuala Kangsar.Sebelum jambatan ini dibina, penduduk di seberang sungai menggunakan perkhidmatan bot penambang bagi menyeberangi Sungai Perak.Selain itu, bagi yang menggunakan kereta, mereka terpaksa menggunakan Jambatan Iskandariah yang lebih jauk perjalanannya jika hendak ke Pekan Kuala Kangsar.Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah dihiasi indah dengan corak ukiran bermotifkan tumbuh-tumbuhan. 
Permandangan jambatan ini diwaktu malam juga mengasyikkan dengan cahaya yang dapat dilihat dari Bukit Chandan, Kota Lama Kiri / Kanan serta kawasan sekitar.



 Pemandangan indah jambatan Sultan Abdul Jalil

Coffee House kami yang mempunyai 6 meja yang setiap satu meja mampu memberikan ruang seramai 8 orang pada setiap meja dan suasana yang mendamaikan dan mempunyai kemudahan seperti penghawa dingin,tempat membasuh tangan dan mempunyai 2 pintu masuk yang memudahkan untuk masuk dan keluar.suasana yang indah seperti kolaborasi warna bilik yang dapat dinikmati bersama ketika menjamu selera tidak kira waktu makan pagi,makan tengahari,minum petang dan makan malam.


Pandangan dari sudut atas banggunan utama Perak Riverview



Ruangan makan outsider yang boleh menerima lebih dari 30 orang dari satu masa ke satu masa untuk menikmati makan ala carte kami yang sedap dan berpatutan



Sudut ruangan Lobi resort


pandangan resort menghala jambatan Sultan Abdul Jalil



Kawasan lobi yang berhampiran dengan kaunter pendaftaran


Bangunan bilik deluxe

Ruangan belakang resort



 pandangan padang ke resort



Bilik suite kami indah dan yang istimewa

Bilik suite atau bilik yang beharga RM 260 pada satu malam yang mempunyai ciri ciri keselesaan yang dapat dinikmatik sekiranya anda memilih untuk menginap di bilik ini.Ciri ciri utama bilik ini adalah keadaan yang luas dan selesa,mempunyai penghawa dingin,televisyen dan rangkaian astro,mempunyai bilik air yang selesa seperti tab mandi yang boleh menjadikan suasana mandi yang berbeza dan mempunyai shower air sejuk dan panas.bilik yang mempunyai pintu kaca yang menghadap terus ke sungai.

CONTOH BILIK SUITE 1.1

1.2
CONTOH BILIK SUPERIOR


Kami mempunyai sebuah dewan besar (dewan Putri) dan dewan kecil (Dewan Bayu)
harga dewan termasuk;
-P.A sistem
-A4 paper dan pensil (classroom)
-mineral water (classroom)
-gula-gula (classroom)
-white skrin dan white board)
DEWAN PUTRI
1. RM 500(1-5JAM)
2. RM 700(6-9 JAM)
3. RM 800 (10-16 jam)
-150 pax-180 pax (thearter style)
-90 pax-110 pax (classroom style)

DEWAN BAYU

1. RM 200 (1-5 JAM)

2. RM 350(6-9 JAM)
3. RM 600 (10-16 jam)
-50 pax-70 pax (thearter style)
-30 pax-40 pax (classroom style)


PAKEJ MAKAN DAN MINUM 

SARAPAN PAGI/MINUM PETANG
=DEWASA - RM 8 / RM 15 SEORANG
=KANAK KANAK - RM 5 / RM12 SEORANG 

MINUM PAGI DAN MINUM MALAM
=DEWASA -RM 5 SEORANG 
=KANAK KANAK RM 4 SEORANG

MAKAN TENGAHARI / MAKAN MALAM
=DEWASA RM 15 /RM20 SEORANG
=KANAK RM 12 /RM 15 SEORANG


PAKEJ SEMINAR / KERSUS / MESYUARAT 

1. BILIK PERSEORANGAN - RM 160 / HARI
2. BILIK KONGSI  BERDUA - RM 120 /HARI
3. DORMITORI 16 ORANG - RM 90 / HARI
                                            - RM 70 / HARI (SEKOLAH RENDAH)


PAKEJ SEMINAR /KURSUS/MESYUARAT 
-BILIK PENGINAPAN (SUPERIOR)
-DORM(PAKEJ PELAJAR)
-DEWAN MEJA,KERUSI,PAPAN TULIS,LAYAR PUTIH,A4,PAPER,PENSIL,GULA GULA DAN P.A SISTEM
-6 KALI MAKAN SEHARI (BERMULA DENGAN MINUM PETANG)

DEWAN PUTRI




MENU PERAK RIVERVIEW
1. AYAM 

-GORENG KUNYIT
-GORENG BEREMPAH
-GORENG KFC (TEPUNG)
-GULAI LEMAK CILI API
-RENDANG 
-KURMA
-SUP 
-KARI
-MASAK MERAH
-MASAK KICAP
-MASAK MENTEGA cHIKEN BUTTER)


2. DAGING

-MASAK HITAM 
-MASAK KICAP
-BLACK PAPPER 
-MASAK KUNYIT
-MASAK SALAI
-RENDANG
-KARI

3. IKAN 

-KARI 
-GORENG
-MASAK LEMAK
-SWEET SOUR
-MASAK SAMBAL 
-MASAK KICAP


4. UDANG

-MASAK SAMBAL
-MASAK RENDANG 
-MASAK LEMAK
-MASAK MENTEGA
-GORENG KUNYIT
-GORENG TEPUNG


5. SOTONG

-GORENG KUNYIT
-GORENG TEPUNG
-MASAK SAMBAL
-MASAK KICAP